Sistem Pengurusan Latihan Industri dan Klinikal

KADAR BAYARAN PENEMPATAN KLINIKAL DARIPADA KOLEJ/UNIVERSITI/AGENSI SWASTA DI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ, UKM
Kadar Caj Penempatan Latihan Klinikal Daripada Pelajar Kolej/Universiti Swasta (IPTS)
Kadar bayaran untuk seorang pelajar seperti berikut :-
Bil Peringkat Pengajian Bidang Kadar caj(seorang) warganegara Kadar caj(seorang) bukan warganegara Jumlah Pelatih(Sebulan)
1 Sijil i) Pembantu Pembedahan Pergigian
ii) Lain-Lain
RM20.00 Seminggu RM50.00 Seminggu Maksimum 15 orang
RM100.00 Sebulan RM200.00 Sebulan
2 Diploma i) Farmasi RM100.00 Per Entry RM100.00 Seminggu Maksimum 15 orang
RM400.00 Sebulan
i) Jururawat
ii) Penolong Pegawai Perubatan
iii) Juruteknologi Makmal Perubatan
iv) Jurupulih Perubatan
v) Juru x-ray dan lain-lain
RM100.00 Seminggu RM200.00 Seminggu Maksimum 15 orang (4 orang dalam sesuatu bidang pengkhususan)
RM400.00 Sebulan RM800.00 Sebulan
3 Sarjana Muda/Sarjana i) Jururawat
ii) Lain-lain
RM75.00 Sehari (< 8 hari) RM150.00 Sehari Maksimum 15 orang (4 orang dalan sesuatu bidang pengkhususan)
RM600.00 Sebulan / (lapan (8) hari) (> 8 hari) RM1200.00 Sebulan
2) Kadar Caj Penempatan Latihan Sangkutan Oleh Kakitangan Agensi Swasta

2.1 Kadar yang dikenakan bagi penempatan latihan klinikal kakitangan Swasta adalah sebanyak RM400.00 sebulan bagi warganegara dan RM800.00 bagi bukan warganegara.
2.2 Penempatan kurang daripada satu bulan akan dikenakan bayaran kadar satu bulan.

3) Kemudahan Tempat Tinggal dan Keperluan Lain

Kadar caj latihan klinikal yang dinyatakan di atas adalah tidak meliputi penyediaan tempat tinggal dan lain-lain keperluan sar hidup.
Syarat-syarat permohonan Latihan Industri/Praktikum - IPTA dan IPTS
1 Semua permohonan hendaklah melalui sistem permohonan Latihan Industri secara talian di alamat http:elik.ppukm.ukm.edu.my (menggunakan aplikasi Chrome). Sebarang permohonan yang tidak melalui sistem tersebut tidak akan diproses.
a) Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
b) Sekiranya permohonan tidak melalui pihak kami,maka semua urusan berhubung dengan lapor diri pelajar,penyediaan pas sementara dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawap jabatan terlibat.
c) Semua maklumat yang diberikan mestilah benar dan tepat. PPUKM berhak menolak atau menggugurkan pelajar yang memberikan maklumat palsu.
d) Permohonan hendaklah didaftar di dalam sistem tidak kurang satu (1) bulan dari tarikh latihan.
e) Tidak semua calon yang layak dan berjaya akan ditawarkan menjalani latihan kerana tertakluk kepada kekosongan dan bilangan tempat yang disediakan oleh jabatan adalah terhad pada satu-satu masa.
f) Pemohon berhak menolak tawaran tersebut sekiranya tidak berminat dengan penempatan yang ditawarkan.
g) Pemohon yang berjaya dikehendaki MENCETAK 'Surat Kelulusan Permohonan' dari jabatan yang ditujukan kepada Institusi Pengajian pemohon dan salinan surat tersebut kepada pemohon serta menyerahkannya kepada pegawai yang berkenaan di Institusi Pengajian pemohon.
2 Segala keperluan dan peralatan bagi menjayakan latihan industri/praktikum adalah menggunakan kemudahan sedia ada di jabatan (tertakluk kepada ketua jabatan berkenaan). Jika terdapat tambahan peralatan yang diperlukan, maka kos peralatan tersebut perlu ditanggung oleh pelajar atau pihak organisasi berkenaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos tambahan bagi membeli peralatan yang diperlukan.
3 Bagi pelajar dari IPTA :

Untuk makluman, Pusat Perubatan UKM tidak menggunapakai pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(L)S.175/4/4-2 tentang bayaran elaun sebanyak RM15.00 sehari kepada pelajar IPTA yang mengikuti latihan industri di Agensi Kerajaan. Dengan itu, pelajar yang menjalani latihan industri di Pusat Perubatan UKM tidak akan diberi elaun sepanjang tempoh latihan mereka.
4 Bagi pelajar dari IPTS :

a) Urusan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lapor diri. Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI atau CEK atas nama Hospital UKM di Jabatan Kewangan,Pusat Perubatan UKM. Salinan resit perlu diserahkan kepada kami untuk rujukan selanjutnya (sila rujuk kadar bayaran yang telah ditetapkan).

b) Bagi pelajar dalam bidang pengurusan seperti sumber manusia adalah tidak dibenarkan kerana tempat adalah terhad.
5 Bagi pelajar perubatan, permohonan untuk Posting Elektif perlu dibuat melalui Sekretariat Pengajian Pra-Siswazah dan Alumni, Pusat Perubatan UKM.
Syarat-syarat permohonan Latihan Klinikal (Dalam Negeri / Luar Negara)
(Kakitangan Organisasi Awam / Swasta)
1 Semua permohonan hendaklah melalui sistem permohonan Latihan Industri secara talian di alamat http:elik.ppukm.ukm.edu.my (menggunakan aplikasi Chrome). Sebarang permohonan yang tidak melalui sistem tersebut tidak akan diproses.
a) Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
b) Sekiranya permohonan tidak melalui pihak kami,maka semua urusan berhubung dengan lapor diri pelajar,penyediaan pas sementara dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawap jabatan terlibat.
c) Bagi permohonan yang diterima melalui Pejabat Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan UKM,sesalinan surat setuju terima oleh jabatan perlu diserahkan kepada pihak kami sebagai rujukan.
d) Semua maklumat yang diberikan mestilah benar dan tepat. PPUKM berhak menoloak atau menggugurkna permohonan yang memberikan maklumat palsu.
e) Permohonan hendaklah didaftar di dalam sistem tidak kurang satu (1) bulan dari tarikh latihan.
f) Tidak semua calon yang layak dan berjaya akan ditawarkan menjalani latihan kerana tertakluk kepada kekosongan dan bilangan tempat yang disediakan oleh jabatan adalah terhad pada satu-satu masa.
g) Pemohon berhak menolak tawaran tersebut sekiranya tidak berminat dengan penempatan yang ditawarkan.
h) Pemohon yang berjaya dikehendaki MENCETAK 'Surat Kelulusan Permohonan' dari jabatan yang ditujukan kepada Institusi Pengajian pemohon dan salinan surat tersebut kepada pemohon serta menyerahkannya kepada pegawai yang berkenaan di Institusi Pengajian pemohon.
2 Segala keperluan dan peralatan bagi menjayakan latihan klinikal adalah menggunakan kemudahan sedia ada di jabatan (tertakluk kepada ketua jabatan berkenaan). Jika terdapat tambahan peralatan yang diperlukan, maka kos peralatan tersebut perlu ditanggung oleh pelajar atau pihak organisasi berkenaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos tambahan bagi membeli peralatan yang diperlukan.
3 Bagi permohonan luar negara, semua urusan berhubung dengan :

a) Visa perlu dibuat di negara sendiri melalui kedutaan Negara Malaysia. Pihak kami tidak akan menerima visa pelawat ketika proses lapor diri di organisasi kami.

b) Urusan penginapan di Malaysia adalah di bawah tanggungjawap pemohon atau pihak majikan sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos sepanjang pemohon berada di organisasi kami.
4 Urusan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lapor diri. Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI atau CEK atas nama Hospital UKM di Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM (sila rujuk kadar bayaran yang telah ditetapkan).